
SECOND MOVIE

My aunties, uncles and cousins who started to call me 'Nyonya Kedai Gambar' because i'm using tripod to take this photo.
But when Riz was hospitalized due to Rotavirus infection, all of us lost our raya mood. Kesian sangat tengok budak kecik macam tu diarrhea & muntah-muntah. Luckily he was discharged after 3 days there. On the bright side, we got to spend 1 week with them here in JB.
That's how I spent my raya. I'm sure yours is much more better than mine.
Ari tu, on the way nak balik umah my parents, B-Tam dah bergesel dengan satu Kelisa yang drivernya (seorang Ah Beng) yang sungguh kurang ajar & kurang akal. Kisah ni berlaku masa aku nak u-turn ke simpang masuk rumah parents aku. Jalan pulak memang tengah jem giler waktu tu. So, lepas u-turn aku signal untuk susur masuk kiri pelan-pelan. Masa tu aku dah lepas first lane & try nak masuk ke last lane pulak.
Masa ni la macam nak mampus aku signal tapi si driver Kelisa yang bodoh ni seboleh-boleh taknak kasi aku ruang masuk. Terpaksa la aku dok kat first lane sambil menyignal dengan harapan dapat masuk ke last lane sebelum tiba ke simpang masuk taman yang parents aku tinggal. Tapi jalan pulak memang terhenggut-henggut, jem la katakan. Bila simpang ke taman tu dah dekat, ndak tak ndak memang la aku kena gak pegi ke last lane. Kalau tak..maunye terlajak, takkan aku nak u-turn balik. Disebabkan situasi tu, B-Tam dah dok antara first & second lane, so in a way menghalang motor-motor yang nak menyelit tengah-tengah jem tu. Kereta-kereta lain pun tak boleh gerak memandangkan aku tersempal kat tengah-tengah.
Si Kelisa ni pulak memang hampehs, langsung taknak kasi jalan walaupun kereta depan dia dah mengensot sikit so aku boleh masuk lane tu. Ape tah masalah dia. Tak considerate langsung. Bukan je kat aku, tapi kat kenderaan-kenderaan lain. Lagipun, as rakyat Malaysia, takkan tak tau orang Islam semua puasa, time pun dah nak berbuka. Tapi gitulah orang kalau dah kurang akal, last-last bergesel dengan B-tam. Padan la dengan muka kau yang bangang tu! Busuk ati sangat, taknak bagi sampai sanggup menjahanamkan kereta sendirik, ambik kau! Nasib baik la jalan jem, so impact dari pergeselan tu sikit je, kalau la laju tadi, akan ku pastikan kau masuk kubur ari tu jugak.
Si Ah Beng dengan ahli keluarganye (kebetulan mak bapak dia pun ade gak dlm keta tu) terus serbu kat aku & Cik Nanie yang masih dalam kereta. We all tak keluar sebab rasa sungguh tak munasabah la nak bertekak kat tengah2 jalan tu jugak, dah le tengah jem gile jangan le tambahkan jem lagi. Bodoh sungguh! Tu pun dah menampakkan selfish bongok Ah Beng ni. Puas dah aku & Cik Nanie suruh alih kereta & discuss kat tepi jalan, tak reti2 bahasa gak. Dia sibuk nak amik gambar scene tu nak tunjuk kat insurans company katanye. Ape kebangang la. Kalau kereta kau kemek terburai macam ikan busuk tu bole la nak claim. Insurans mana la gaknye yang nak layan claim setakat scratch camtu.
Yang mahalnye, mak dia terus meluru kat we all yang still dlm keta ni and berulang kali dok tanye "sekarang apa macam, sekarang ape macam.." Haih, Ah Soh ni, sekali aku lesing jugak kang! Nasib baik sebelum sempat aku lesing, kenderaan dah mula bergerak, si keluarga Ah Beng sengal ni kena marah dengan driver yang lalu lalang sebab menghalang kat tengah2 jalan. Barulah terhegeh-hegeh nak ketepi. Dasar tak sekolah! Memang tak sekolah pun, gaya cakap pun main lu gua, lu gua je.
Dah kat tepi tu, aku check keta aku dulu ar, make sure keta aku takde mende, pastu baru aku tengok condition keta dia teruk ke tak. Hek eleh..auta je lebih. Takde yamg kronik pun. Setakat minor calar & mudguard keta dia terkopak skit, kalau gam pun ok. Masa kena pun pun perlahan je, so takdela ape sangat. (kalau teruk pun aku tak kuasa nak bayar. Boleh blah la!)
Si Ah Beng dari tadi sibuk marah-marah. Apehal kau nak marah2..kau yang start himpit keta aku. Bagero! Pastu macam mak dia gak sibuk tanye sekarang macam mana? Macam mana ape, kau yang himpit keta aku jgn harap le aku nak bayar. Pastu maknye Ah Beng ni yang pulak sibuk nak pi buat report kat balai. Fine! kau nak pi report sangat pasal keta kau yang tak seberapa tu, aku OK je. Kalau kena jontos kepala dengan polis kat balai kang aku tumpang jontos sama kepala sengal kau tu. Lagipun aku confident giler yang diaorang ni gertak jek, sebab aku taknak bagi duit kat dia. Orang giler je nak mengabiskan RM300 nak buat report, padahal harga repair keta pun baru berapa sen. Unless si Ah Beng & family ni memang golongan terencat itu aku tak tau la.
Si Ah Beng dengan tak menyempatnye terus nak ke Balai Polis nearby. Engkau nak pi report silakan, silap-silap polis pun tak kuasa nak layan time orang sibuk nak berbuka especially bila tengok kereta engkau setakat calar skit. Aku pun malas nak layan family bengong tu, ape kejadahnye nak redah jalan yang tengah jem giler ke balai polis, baik aku balik rumah buka pose dulu. Malam-malam kang kalau rajin aku ar singgah ke balai tengok ada tak orang buat report pasal B-Tam.
3 ari lepas tu aku check dengan member yang keje as polis trafik, ade tak report pasal accident ari tu, seperti dijangka memang la takde.
Sabar ye En. Ah Beng, kalau lu teringin sangat nak buat report or claim insurans, lu tunggu wa jumpa lu punye keta sekali lagi, memang gua dah standby paku ni..tinggal nak kasi kereta lu betul-betul calar baeekk punye, lu tunggu je la...
Maka bukan aje termiss sahur, bangun pun lambat. Bila bangun dah lambat, nak kena berkejar ke opis sambil apply driving skill ala Kimi Raikkonen la pulak. Bila dah drive macam setan, confirm punye kata-kata 'pujian' akan keluar berhamburan kat apa-apa kenderaan, traffic light, polis trafik atau apa je objek melintas yang menghalang perjalanan aku. Bila dah sibuk 'memuji' sana sini, by the time sampai opis, confirm pahala puasa aku dah tinggal sekerat. Tengok, betapa besar impak jam nih dalam idup aku. *Hek eleh, tak payah la nak salahkan jam, Survivor..kalau tak kerana jam pun memang engkau tu selalu lambat :P*
Jadinya pagi tu aku pegi kedai jam kat atas ni dengan niat nak mengganti bateri baru. Memandangkan aku pun tengah huru hara kat opis ditambah dengan malas nak menunggu, aku tinggalkan aje kat amoi kedai jam tu & bagitau dia yang aku akan datang ambik kemudian.
APEHAL PULAK?
Salah ke aku pakai jam macam nih? hah? hah? jawab..jawab... Cun ape aku pakai..kan? kan? kan?!!.....(sape cakap tak cun memang nak kena belasah! (ayat tunjuk brutal sebab nak justify diri..muahahahah!)
Me on the first place, doubt its capability.
Will the taste be the same as using charcoal?
Tahan lama ke tidak benda ni? Ada warrranty?
Ok ke brand nih? Hanabishi..tak penah dengar ponn...
Cik Nanie's heart pulak on the other hand was 90% set to buy this thing.
Jadi, kami pun menimbang-tara kebaikan produk ni...
It's not so expensive. Yep, it's only RM99.
We don't have to buy charcoal anymore. Dah kira jimat.
Less smoke. Baju, rambut pun tak lekat bau asap.
Dah tak perlu susah payah hidupkan api, meniup, mengipas & tunggu sampai arang jadi bara baru boleh mula BBQ.
Healthier because we are not eating food from charcoal grill anymore. No carcinogen = reduce risks of cancer.
We can use it indoor as well! Boleh main BBQ sembunyi2 dalam rumah..haha!
In the end, Cik Nanie decided to follow her heart & bought it.
Dan tanpa membuang ari, we all cuba try test kebolehan benda ni ari tu jugak.
Waiting to be BBQd..marinated with Cik Nanie's secret marinating recipe..
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Rasanya sekolah rendah. sejak darjah 2 ke darjah 3 macam tu.Masa kecik2 dulu memang suka sgt bulan pose ni sebab tak payah nak makan. Yes, anda tak salah baca. Time kecik-kecik dulu aku paling tak suka nak makan. Kena marah + paksa tahap cipan baru la terhegeh-hegeh ke dapur. Sungguh berbeza sekali dengan sekarang. Kalau diorang kunci dapur dengan lock besar gajah pun aku sanggup pecahkan semata-mata nak selongkar periuk atau peti sejuk.. (hahaha..dasar pelahap!)
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Pernah sekali & takde alasan munasabah yang boleh aku bagi. Simply menyetan dengan 2,3 orang classmate yang setan macam aku, makan-makan kat belakang hall..Nauzubillah perangai....
Congratulations Survivor!
You are 59% not Malaysian.
That means you're as Malaysian as...
Guy Sebastian !
How Un-Malaysian Are You?
Ape-ape jelah kuiz nih...sape yang berminat sila try..tengok berapa percent ketakMalaysiaan korang pulak..
Benda-benda dalam kotak & atas meja ni sume patutnye kena masuk file, tapi setengah tu, too confidential utk aku pass pada org lain for filing. Nak harap sendiri buat, entah bila la nak setel asik takde time memanjang. Akhirnye, jadikla camni, dok tertimbus kertas. Ni pun aku buat sikit-sikit in between keje-keje lain. Nampaknye tahun 3014 baru siap kot..hehe!
Azam aku lepas aku clearkan kertas-kertas ni sume, i will go paperless! Merdeka!! Sumenye aku nak scan & simpan dalam computer jek.. Time tu kalau meja aku bersih berseri jangan cakap aku takde keje pulak ok!
Ayah dalam proses mengeluarkan kelawar dalam almari
Punye la bijak dia dok bergayut antara kemeja kerja aku. Ceh!
Baju-baju gue yang terlibat..kelawar telah melekat di baju putih itu & secara tak langsung bulu badannye confirm terkena baju aku yang kaler biru tu. Harus kena samak dengan klorox + air dari 7 gunung + 7 jenis bunga dari 7 florist.
Beginilah rupa kelawar yang berjaya mentraumakan tuan rumah hingga lari balik kampung
Pesanan kepada para kelawar: Walaupun rumah saya ada pokok rambutan yang sedang lebat berbuah, saya sikit pun tak kisah kalau anda nak berumah atau makan buah tu sekali sebab berkongsi rezeki memang bagus. Tapi tolonglah jangan masuk dalam rumah saya kalau tak reti nak cari jalan keluar lepas tu. (Lainlah kalau korang ada GPS) Lain kali kalau teringin jugak nak masuk umah orang, masuk umah jiran kiri kanan saya pulak okay. Thank you.
but this time :
This is my first direct encounter with a bat, and unfortunately a crazy one. When he flew at me at thot it was a bird. Ala-ala burung layang-layang gitu.Tapi takkan la burung layang-layang seganaz itu. Penat gak la nak mengelak kelawar ni dari terkam aku.
In desperate attempt to escape, both of us manage to run to one of the bedroom. Kesian Cik Nanie sampai terantuk idung kat bucu pintu sbb kalut nak lari. Tapi sampai bila la kan nak dok sembunyi kat dalam tu cos there's no way the bat can get out of the house without opening the front door.
Unfortunately kunci rumah kat living hall pulak terlupa nak angkut. Aduss!
Nak harapkan dia terantuk kepala kat dinding & mati sebab internal bleeding tu rasanye mustahil la pulak. Aku yang tensen masa tu try nak control panik. And sound effect of Cik Nanie screaming in the background isn't helping me to think a way to get rid of this bat.
In the end the plan goes like this:
ATAU
Tetapi halangannya adalah:
Kesimpulannya, ndak tak ndak memang kena halau gak benda alah ni dari umah baru la pastu decide nak buat ape.
From the doorkey hole i can the shadow of it still flying around like mad. Siap kuarkan bunyi2 lagi. It took about 5 minutes before the shadow can't be seen anymore. So i took this chance to run and grab the house keys and open the front door.
Ngam-ngam time tu si kelawar ni entah dari mana boleh timbul balik & menuju ke arah aku. (Confirm hidung dia terbau manusia, lagi2 bau manusia yang tak sempat nak mandi lepas balik keja macam aku ni). Nasib baik sempat masuk semula bilik persembunyian sebelum si kelawar dapat kejar aku.
Agak 15 minit jugak we all berkurung dalam bilik before rasa confident yang line agak clear. Armed with vacuum cleaner hose (macam ninja, beb), aku try locate kat mana si kelawar tu dengan saspennye sambil doa dalam ati yang dia dah jumpa jalan kuar. Lepas puas mencari, at last aku assume yang kelawar ni dah blah.
Tapi we all still tak confident nak tido umah. Bayangkan bila bangun tido tengok muka kelawar ade kat sebelah. Errghhkk....
Tak pun sedar-sedar je kelawar tu tengah isap darah aku, eiii gue belum bersedia nak jadik vampire weh...
So, that night both of us mengangkut kain baju balik umah my parents... keh..keh..keh...
Time-time macam nih baru ingat nak balik umah mak...ceh!
Your Mind is G Rated |
![]() Your mind is cleaner than a nun's. You're totally pure. In fact, you often don't catch on to how dirty the world really is. |
Kalau korang tengok cerekarama kat TV3 sabtu lepas, 'Malang Hari bla bla bla' tu kisah pasal satu mamat yang liat nak bangun pagi. Yup, sebijik macam aku, tapi takdela sampai malang bertimpa2 macam kes mamat nih. Dahle kena buang keje sebab lambat masuk opis, pastu keta kena tarik, then bini dia yang dah tak tahan dengan perangai dia lak tinggalkan dia, pastu umah terbakar. Everything happen in the same day. Sadis sungguh kalau jadik mcm tu. Masa citer ni my mum apa lagi amik kesempatan la perli aku.
Inilah masalah aku yang paling bermasalah sekali. Susah giler nak bangun pagi. I thought things will change by moving out from my parents house and staying nearer to the office. Kononnya kalau terlambat bangun skit takpe sebab rumah dekat dengan opis. Tapi nampaknye lagi hampeh, cos there's no one to nag and bang my bedroom door. Even then, there were time when I sleep like a log and wont budge at all despite all the door banging stint my mum did every morning. Lagipun, masa tu boleh ar nak kata traffic jam ke, dok jauh ker sekarang dah dok sekangkang kera pun lambat gak, ape mau cerita?
I've adjusted the time in my handphones, clock and watch 15 to 30 minutes earlier. But everytime the alarm goes off every morning, i just turn it off right away and continue sleeping. Bila 'alarm clock bergerak' aku, Cik Nanie dok kejut, confirm aku mintak 5 minit yang in the end akan jadik 30 minit. Aku pun satu tak reti bahasa gak, saje cari nahas. Sometimes i simply stay in bed because I know that i have extra 30 minutes to spend. Betuk gak kata Cik Nanie, there's no point for me to set all my watch and alarm even 1 hour earlier pun, if I only jump out of the bed in the last few minutes.
So kesimpulannye, pindah sebelah opis pun tak guna kalau habit buruk susah bangun pagi ni tak diubah. Sebab tu la aku sokong usul CUEPACS untuk waktu kerja fleksible. Lagi bagus kalau dipanjangkan ke syarikat swasta & I'll be the first to volunteer. Balik lambat takpe janji aku takyah bangun pagi. Haha!
Camne nak bangun pagi nih? Isk..Isk..
Currently macam suke lagu nih...
p/s:
I think I have to add a bit to this entry due to the misunderstanding caused after I posted this.
There's no hidden meaning or reminiscing old love or whatever, i just simply love this song. Yes i know, once i'm a fan of 'i-cant-get-over-you' songs, and maybe if this song was released earlier I might love this song because of the message it conveys, but not anymore. And true, most of the songs I posted here sometimes describe the mood / situation i was in at that moment but this time is an exception. I cant relate to this kind of song anymore since what I feel now is just the opposite. I've gotten over my 'can't-get-over-you' period long ago. SO I hope it will clear the misunderstanding.
This entry is just to let you all know that I'm still alive & kicking, and will update soon...............
I dont know the name of these islands but according to the resort staffs, they used to have island hopping package for resort guests interested to go to the islands nearby. Tapi sayang, it was discontinue because lack of staffs to maintain the boats & its equipment.
You can see a lot of fishermen boats & activities at this jetty. This photo was taken right after i arrived at the resort. Rasanye dah pukul 7 lebih kot masa tu and I was too tired to walk to the jetty. So cuma dapat amik gambar dari jauh je.
Kulit siput, kulit kerang & batu kerikil memang banyak bersepah kat pasir laut ni.
A day view of the jetty.
Any of you who love beaches, wanted privacy, maybe can stay here. Jangan risau anda tak akan diganggu & mengganggu sebab takde line pun kat sini.
To all kaki mandi laut, beware, banyak batu-batu tajam dalam laut ni. Kalau tak hati-hati, mau luka kaki nanti. Maybe the spot where i chose to mandi is not suitable kot, sebab Carn kata ada spot yang lagi best kat sebelah atas.
For further details of this place & more photos, please check carneyz blog :)
p/s: my deepest condolence to our tea lady & family for the loss of her son during the drowning incident in Air Papan Beach the same weekend. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Amin.