Friday, September 14, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

First day puasa semalam, sungguh la flat sekali.Nak kata tak bangun sahur, aku bangun. Makan pun selera jugak walaupun pepagi hari (nampak sangat selalu keluar pi supper). Time lunch, dek kerana letih sangat, aku & Tina tido dalam stor. Sampai terlajak 20 minit. Huhu. Ni la last dapat rehat sejam, pas ni lunch hour cuma 1/2 jam jek sebab dapat balik awal 1/2 jam. Kijam. Sungguh kijam. Tetahun lepas balik pukul 5 gak tapi takde la potong lunch hour. Ish!

Bulan pose camni kalau tak gi Pasar Ramadan memang tak sah la kan. So balik keje semalam aku & Cik Nanie singgah yang kat sini. Ramainye orang. Seolah-olah semua orang kat kawasanni takde dapur nak masak kat umah. Jalan dahle sempit, kereta & motor punyela banyak. Jalan tu la orang jadikan parking & jalan tu la jugak orang & kenderaan nak kluar masuk.

Peniaga-peniaga kat sini la yang paling happy. Ape taknye, masa menyembelih dah tiba. Orang yang datang pun main beli jek, tak kira la harga munasabah ke tak. Ade ke harga ayam golek sampai RM15 seekor..bak kata Cik Nanie, Ayamas pun murah!Dah tu roti bom @ roti coin, kecik mcm tu pun diaorang jual seringgit sekeping. Mak aiii...nak kaya cepat gamaknye diaorang nih..tau la nak cari duit raya, tapi jgn la sampai over sangat.Confirm la this is going to be my last time beli kat sini.

Lepas buka I was too tired to do anything, nak pi terawih pun tak larat. Pukul 9.30 mlm aku dah tido. Ingat nak jugak bangun makan satu round lagi, tapi tido mati la pulak.So sahur pagi tadilah aku berkesempatan nak mengabiskan makanan semalam.

Ok guys, it's already 5.00pm now. Time to go home and heading to another Pasar Ramadan. Tekak macam teringin nak makan murtabak, ayam percik, nasi ambang, karipap, roti jala, keuh teow kerang,laksa penang, kole kacang, keropok lekor, kebab daging, nasi dagang, sup ekor, nasi ayam, roti john...

Selamat Berpuasa Kengkawan..