Wednesday, September 26, 2007

KENA TAG LERRR...!

Aku kena tag dengan Cik Puan CARNEYZ.

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Rasanya sekolah rendah. sejak darjah 2 ke darjah 3 macam tu.Masa kecik2 dulu memang suka sgt bulan pose ni sebab tak payah nak makan. Yes, anda tak salah baca. Time kecik-kecik dulu aku paling tak suka nak makan. Kena marah + paksa tahap cipan baru la terhegeh-hegeh ke dapur. Sungguh berbeza sekali dengan sekarang. Kalau diorang kunci dapur dengan lock besar gajah pun aku sanggup pecahkan semata-mata nak selongkar periuk atau peti sejuk.. (hahaha..dasar pelahap!)


Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pernah sekali & takde alasan munasabah yang boleh aku bagi. Simply menyetan dengan 2,3 orang classmate yang setan macam aku, makan-makan kat belakang hall..Nauzubillah perangai....


Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Of course la pernah. Cuba bagitau saya sapa yang tak pernah main mercun & bunga api?

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Apa-apa jenis sambal & lauk berAYAM AYAM AYAM. Hidangan WAJIB ada tu!

Lagu raya manakah yang anda suka??
#1 - Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar (lagu feveret giler nih)
#2 - Pulanglah - Aishah

Tahun ini anda beraya di mana??
Senai

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Sepenuh masa tak pernah. Setakat datang menjenguk office sejam dua di pagi raya pertama untuk make sure caterer & jamuan raya for staff yang kena bertugas berjalan lancar.

Kenangan paling manis di hari raya
Dulu - dapat duit raya & dapat baju baju
Sekarang - dapat kumpul satu family, makan kuih & masakan raya.

Nak Jadikan Mangsa Tag
1. Cik Nanie
2. Ainie
3. Best Buddy
4. Sesapa yang nak buat