Saturday, August 25, 2007

MARI MENGEMAS

Penat giler mengemas..

Rasanya lepas 3 tahun keje, ini kali pertama we all kat HR (especially aku yang pemalas ni) buat major housekeeping. Kali ni, aku buat pun sebab terpaksa; sebab perubahan seating arrangement department aku.

Kenapa diubah selepas 3 tahun? Sebabnya, lokasi department aku ni agak terlindung dari pandangan mata umum (deal dgn banyak benda confidential la kononnye) & memang tempat paling strategik untuk para kaki-kaki borak merangkap kaki mengular dalam opis nih dok melepak.

Sebenarnya sebelum ni takde hal sangat, tapi lately ni aje ramai bebeno yang suka bersidai kat sini sampai aku pun naik rimas. Kalau bersidai sebab ade urusan dengan orang-orang department aku takpe jugak, ini pantang nampak tuan punya meja takde kat tempatnya, ada je yang menumpang. Selalunye meja driver, Abg Saleh la yang jadik mangsa. Suka suka ati je nak baca newspaper masa waktu kerja. Tak reti-reti nak tunggu time break ke ape. Ada tu pulak boleh duduk bersarapan nasi lemak daun pisang kat sini. Dia ingat ape, kerusi meja kat sini ada iras-iras kerusi meja canteen ke? Tak pun ala-ala cyber cafe sbb ada computer tertonggoh atas meja, boleh makan nasi lemak sambil surf internet. Hampeh betul diaorang nih, kerja aje dah berpuluh tahun, akai tak tahu letak mana. Sungguh aku takleh terima, nak lepak pi la pantry ke, toilet ke ini kau nak melepak apesal la HR jugak yang jadik pilihan. Mangkukz betol!!

Puas dah aku & Tina sound, tak reti-reti jugak diaorang ni. So pastu, kononnnye nak guna taktik subtle, aku tampal notis 'no newspaper reading here during office hours' kat meja Abg Saleh supaya mereka2 ni paham. Memang paham, diaorg tak lagi melepak kat tempat yang ada notis tu tapi beralih kat mana-mana meja lain dalam department aku yang kosong. Takkan le aku sampai nak tampal notis cenggini kat every meja dalam HR ni. Payah betul la nak kasi manusia2 'lurus bendul' mcm ni paham..

So disebabkan Pn Shila dah beria soh kitaorang pindah memandangkan Purchasing Department akan combine dgn HRA as 1 department, maybe ni pun cara terbaik utk susun strategi nak elakkan kaki mengular & kaki lepak jadikan kerusi meja kat department aku as port diaorang.

Maka akhirnya, terpaksa jugakla mengangkut segala harta benda, sampah sarap, kertas kertis dsb. Tengok jela timbunan kertas-kertas yang dlm simpanan aku. Ini pun 3 beg sampah besar aku mintak K. Yati kasi shredding machine tu makan.

Benda-benda dalam kotak & atas meja ni sume patutnye kena masuk file, tapi setengah tu, too confidential utk aku pass pada org lain for filing. Nak harap sendiri buat, entah bila la nak setel asik takde time memanjang. Akhirnye, jadikla camni, dok tertimbus kertas. Ni pun aku buat sikit-sikit in between keje-keje lain. Nampaknye tahun 3014 baru siap kot..hehe!

Azam aku lepas aku clearkan kertas-kertas ni sume, i will go paperless! Merdeka!! Sumenye aku nak scan & simpan dalam computer jek.. Time tu kalau meja aku bersih berseri jangan cakap aku takde keje pulak ok!