Friday, October 5, 2007

APEHAL?!!!

Isnin lepas aku perasan jam faveret aku takde bateri. Patut la tiap kali aku tersedar malam tu, asal tengok jam je baru pukul 3, tak bergerak-gerak. Aku pulak, makin syok la tarik comforter sampai ke dagu. Maklumla baru pukul 3 pagi. Ingatkan malam sungguh panjang rupanye nyawa bateri jam aku yang tak panjang.

Maka bukan aje termiss sahur, bangun pun lambat. Bila bangun dah lambat, nak kena berkejar ke opis sambil apply driving skill ala Kimi Raikkonen la pulak. Bila dah drive macam setan, confirm punye kata-kata 'pujian' akan keluar berhamburan kat apa-apa kenderaan, traffic light, polis trafik atau apa je objek melintas yang menghalang perjalanan aku. Bila dah sibuk 'memuji' sana sini, by the time sampai opis, confirm pahala puasa aku dah tinggal sekerat. Tengok, betapa besar impak jam nih dalam idup aku. *Hek eleh, tak payah la nak salahkan jam, Survivor..kalau tak kerana jam pun memang engkau tu selalu lambat :P*

Jadinya pagi tu aku pegi kedai jam kat atas ni dengan niat nak mengganti bateri baru. Memandangkan aku pun tengah huru hara kat opis ditambah dengan malas nak menunggu, aku tinggalkan aje kat amoi kedai jam tu & bagitau dia yang aku akan datang ambik kemudian.

Bila aku datang balik petang tu, Amoi tu dah takde. Maybe shift dia dah abis kot. But ada one chinese guy yang ganti. Mamat ni tengah khusyuk betulkan tali jam sape punye ntah. Aku tengok meja dia punya la banyak giler jam yang nak direpair.

Survivor: Tadi pagi i ada antar jam kasi ganti bateri. Dah siap ka?

Budak Kedai: oo..ada ada..

Confident jek dia hulurkan aku jam ni yang kebetulannya merupakan satu-satunya jam spesis macam ni yang ada kat atas meja repair/ servis kedai tu. Survivor: Eh, ini bukan jam saya la. Saya tak pakai jam macam ni.

Budak Kedai: Aiyo, bukan ke..mana satu awak punye? Macam takde woo..

Survivor: Ada la...Ini la saya punye *sambil tunjuk kat jam faveret aku*

Budak Kedai: Ini awak punye ka? *dengan mata tak berkelip tengok aku & riak muka yang ala-ala nak percaya ke tak ape yang aku cakap*

Sah dia tak caya ni jam aku. Apsal pulak? Otak CSI aku dah start membuat kira-kira forensik apsal dia tak puas ati akula pemilik jam nih.

Adekah kerana:

1) Tangan aku kelihatan sangat cute sampai tak sesuai memakai jam feveretku itu?
2) Kebrutalan aku tak terserlah kerana kebetulannya aku memakai kebaya ari ni?
3) Sepanjang sejarah dia kat kedai jam, akulah manusia pertama berbaju kebaya yang pakai jam Caterpillar kot?
4) Mamat ni seorang yang suka menstereotaipkan orang?
5) Aku kelihatan macam seorang penipu yang cuba mengaku jam orang sebagai jam sendiri?

APEHAL PULAK?

Salah ke aku pakai jam macam nih? hah? hah? jawab..jawab... Cun ape aku pakai..kan? kan? kan?!!.....(sape cakap tak cun memang nak kena belasah! (ayat tunjuk brutal sebab nak justify diri..muahahahah!)