Ari tu, on the way nak balik umah my parents, B-Tam dah bergesel dengan satu Kelisa yang drivernya (seorang Ah Beng) yang sungguh kurang ajar & kurang akal. Kisah ni berlaku masa aku nak u-turn ke simpang masuk rumah parents aku. Jalan pulak memang tengah jem giler waktu tu. So, lepas u-turn aku signal untuk susur masuk kiri pelan-pelan. Masa tu aku dah lepas first lane & try nak masuk ke last lane pulak.
Masa ni la macam nak mampus aku signal tapi si driver Kelisa yang bodoh ni seboleh-boleh taknak kasi aku ruang masuk. Terpaksa la aku dok kat first lane sambil menyignal dengan harapan dapat masuk ke last lane sebelum tiba ke simpang masuk taman yang parents aku tinggal. Tapi jalan pulak memang terhenggut-henggut, jem la katakan. Bila simpang ke taman tu dah dekat, ndak tak ndak memang la aku kena gak pegi ke last lane. Kalau tak..maunye terlajak, takkan aku nak u-turn balik. Disebabkan situasi tu, B-Tam dah dok antara first & second lane, so in a way menghalang motor-motor yang nak menyelit tengah-tengah jem tu. Kereta-kereta lain pun tak boleh gerak memandangkan aku tersempal kat tengah-tengah.
Si Kelisa ni pulak memang hampehs, langsung taknak kasi jalan walaupun kereta depan dia dah mengensot sikit so aku boleh masuk lane tu. Ape tah masalah dia. Tak considerate langsung. Bukan je kat aku, tapi kat kenderaan-kenderaan lain. Lagipun, as rakyat Malaysia, takkan tak tau orang Islam semua puasa, time pun dah nak berbuka. Tapi gitulah orang kalau dah kurang akal, last-last bergesel dengan B-tam. Padan la dengan muka kau yang bangang tu! Busuk ati sangat, taknak bagi sampai sanggup menjahanamkan kereta sendirik, ambik kau! Nasib baik la jalan jem, so impact dari pergeselan tu sikit je, kalau la laju tadi, akan ku pastikan kau masuk kubur ari tu jugak.
Si Ah Beng dengan ahli keluarganye (kebetulan mak bapak dia pun ade gak dlm keta tu) terus serbu kat aku & Cik Nanie yang masih dalam kereta. We all tak keluar sebab rasa sungguh tak munasabah la nak bertekak kat tengah2 jalan tu jugak, dah le tengah jem gile jangan le tambahkan jem lagi. Bodoh sungguh! Tu pun dah menampakkan selfish bongok Ah Beng ni. Puas dah aku & Cik Nanie suruh alih kereta & discuss kat tepi jalan, tak reti2 bahasa gak. Dia sibuk nak amik gambar scene tu nak tunjuk kat insurans company katanye. Ape kebangang la. Kalau kereta kau kemek terburai macam ikan busuk tu bole la nak claim. Insurans mana la gaknye yang nak layan claim setakat scratch camtu.
Yang mahalnye, mak dia terus meluru kat we all yang still dlm keta ni and berulang kali dok tanye "sekarang apa macam, sekarang ape macam.." Haih, Ah Soh ni, sekali aku lesing jugak kang! Nasib baik sebelum sempat aku lesing, kenderaan dah mula bergerak, si keluarga Ah Beng sengal ni kena marah dengan driver yang lalu lalang sebab menghalang kat tengah2 jalan. Barulah terhegeh-hegeh nak ketepi. Dasar tak sekolah! Memang tak sekolah pun, gaya cakap pun main lu gua, lu gua je.
Dah kat tepi tu, aku check keta aku dulu ar, make sure keta aku takde mende, pastu baru aku tengok condition keta dia teruk ke tak. Hek eleh..auta je lebih. Takde yamg kronik pun. Setakat minor calar & mudguard keta dia terkopak skit, kalau gam pun ok. Masa kena pun pun perlahan je, so takdela ape sangat. (kalau teruk pun aku tak kuasa nak bayar. Boleh blah la!)
Si Ah Beng dari tadi sibuk marah-marah. Apehal kau nak marah2..kau yang start himpit keta aku. Bagero! Pastu macam mak dia gak sibuk tanye sekarang macam mana? Macam mana ape, kau yang himpit keta aku jgn harap le aku nak bayar. Pastu maknye Ah Beng ni yang pulak sibuk nak pi buat report kat balai. Fine! kau nak pi report sangat pasal keta kau yang tak seberapa tu, aku OK je. Kalau kena jontos kepala dengan polis kat balai kang aku tumpang jontos sama kepala sengal kau tu. Lagipun aku confident giler yang diaorang ni gertak jek, sebab aku taknak bagi duit kat dia. Orang giler je nak mengabiskan RM300 nak buat report, padahal harga repair keta pun baru berapa sen. Unless si Ah Beng & family ni memang golongan terencat itu aku tak tau la.
Si Ah Beng dengan tak menyempatnye terus nak ke Balai Polis nearby. Engkau nak pi report silakan, silap-silap polis pun tak kuasa nak layan time orang sibuk nak berbuka especially bila tengok kereta engkau setakat calar skit. Aku pun malas nak layan family bengong tu, ape kejadahnye nak redah jalan yang tengah jem giler ke balai polis, baik aku balik rumah buka pose dulu. Malam-malam kang kalau rajin aku ar singgah ke balai tengok ada tak orang buat report pasal B-Tam.
3 ari lepas tu aku check dengan member yang keje as polis trafik, ade tak report pasal accident ari tu, seperti dijangka memang la takde.
Sabar ye En. Ah Beng, kalau lu teringin sangat nak buat report or claim insurans, lu tunggu wa jumpa lu punye keta sekali lagi, memang gua dah standby paku ni..tinggal nak kasi kereta lu betul-betul calar baeekk punye, lu tunggu je la...
|