Saturday, July 21, 2007

MASIH LAGI CERITA KELAWAR

The next day aku balik dalam keadaan tak berapa confident + was was.

Trauma tu beb!

Ndak tak ndak terpaksa la beranikan diri gak, kalau tak..sampai bebila pun tak mau tido umah sendiri.

Tapi menurut kata Abg Shah, time2 siang ni si kelawar tido & tak agresif

So, sekali lagi mcm ninja & lampu suluh aku cari la kat mana agaknye dia nak bergayut.

Hampir 1/2 jam aku geledah bawah katil, belakang langsir, atas siling, celah perabot, etc tapi tak jumpa. Akhirnya ati rasa lega & confident yang menatang nih dah takde dari umah.

Baru gumbira rasa ati.
Tapi nampaknye kegumbiraan ku tak lama,
Tengah kusyuk mengemas bilik tido, tetiba...kelepuk!
seekor kelawar telah jatuh dari atas, betul2 sebelah gue..
Cilakak! ade lagi mamat nih sebenarnye..dalam bilik tido aku pulak tu! Bedebass sungguh! Guna magik kehaper la gaknyer, puas aku carik tadi takde tak alih2 muncul plak..

Waktu di jam telah menunjukkan pukul 7.30mlm.
Confirm dia baru bangun tido!

Sepantas kilat aku meluru keluar, sempat gak jeling kat dia yang anytime akan terbang kat aku. Brown karer! macam teddy bear! Tapi muka dia...mak oii ganas! Sempat le aku tutup pintu on time yang menyebabkan kelawar tadi makin penyek hidungnye kerana terlanggar pintu. Padan muka!

Ari tu, sekali lagi aku & Cik Nanie, tido umah parents aku.
Tapi kali ni aku dah tau kat mana kau berada En. Kelawar.
Siap kau esok, time kau tido, turn aku pulak nak attack!!

****************************************************************************************************************
The next day, ayah datang dengan jaring ikan nak tangkap kelawar tu.
Aku standby kat pintu in case kelawar tu keluar aku boleh cepat2 tutup pintu.

Akhirnya kelawar itu dijumpai relax tergantung dalam almari baju aku.
Dalam kalut semalam rupanye aku tak sempat nak tutup almari baju...

Ayah dalam proses mengeluarkan kelawar dalam almari

Punye la bijak dia dok bergayut antara kemeja kerja aku. Ceh!

Baju-baju gue yang terlibat..kelawar telah melekat di baju putih itu & secara tak langsung bulu badannye confirm terkena baju aku yang kaler biru tu. Harus kena samak dengan klorox + air dari 7 gunung + 7 jenis bunga dari 7 florist.

Beginilah rupa kelawar yang berjaya mentraumakan tuan rumah hingga lari balik kampung

Pesanan kepada para kelawar: Walaupun rumah saya ada pokok rambutan yang sedang lebat berbuah, saya sikit pun tak kisah kalau anda nak berumah atau makan buah tu sekali sebab berkongsi rezeki memang bagus. Tapi tolonglah jangan masuk dalam rumah saya kalau tak reti nak cari jalan keluar lepas tu. (Lainlah kalau korang ada GPS) Lain kali kalau teringin jugak nak masuk umah orang, masuk umah jiran kiri kanan saya pulak okay. Thank you.