Thursday, August 31, 2006

A WAKE UP CALL FOR EVERYONE

Sedih tengok keadaan sekarang.

Ari tu tengok Edisi Siasat kat NTV7. Diaorang interview teenagers pasal bila negara merdeka, apa tu rukun negara etc. Tapi aku terkujat and sedih bercampur marah tengok budak-budak ni tak tau bila tarikh negara sendiri merdeka and apa tu rukun negara!

Apa la nak jadi dengan diaorang ni, dahle diaorang yang bakal jadi pemimpin negara akan datang. Sedih sungguh! Diaorang ni pi sekolah ke tak? Takkan tak diajar sejarah or rukun negara?

Bayangkan generasi ni 10 atau 20 tahun akan datang, ape agaknye nasib negara kita?

OKla, tak payah cerita pasal budak2, apa erti merdeka bagi kita sendiri?

Public holiday?
Tengok bunga api?
Melepak beramai-ramai kat konsert malam merdeka?
Menjerit merdeka beramai2 tepat pukul 12 malam?
Berkempen kibar bendera kat kenderaan?
Berarak dengan moto/basikal/kereta dengan bendera Malaysia?

Pejuang-pejuang kemerdekaan atau orang-orang yang terlibat mempertahankan negara semestinya sedih, seolah-olah pengorbanan diaorang ni tak dihayati generasi baru. Hati aku tersentuh bila satu iklan interview dengan sorang bekas askar yang buta akibat cedera demi mempertahankan negara. Besarnye pengorbanan diaorang sebelum negara kita sampai ke tahap sekarang ni.

Dari situ susahnya negara kita bertapak selangkah demi selangkah sebelum masyarakat dunia mula menghormati kita. Dan bila negara kita dah membangun, terkenal di mata dunia muncullah pulak manusia-manusia tamak yang 'mencuri' hak rakyat untuk kekayaan sendiri & kaum kerabat. Tak cukup dengan tu, orang-orang yang diharapkan menjadi pagar jaga negara & jaga rakyat lebih senang jaga periuk nasi sendiri dari menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin. Tak berani menentang arus sebab takut lemas.

Sedih lagi.

Kenapa mesti ada orang macam ni jadi pemimpin. Apa masa depan negara, apa masa depan bangsa kita sebenarnya? Sia-sia je pengorbanan pemimpin lepas dan mereka yang bertungkus lumus memerdekakan negara dulu sedangkan kita sebenarnya masih ditindas dengan ditipu oleh pemimpin sendiri.

Diaorang ni tak sedar lagi ke yang bangsa & negara boleh tergadai kerana ketamakan diaorang.

Hakikatnya, jurang perbezaan antara si miskin & kaya makin ketara.

Aku tau ramai yang tak ambik kisah. Ramai yang kata 'Ah aku tak minat politik-politik semua ni'. Tapi ramai yang tak sedar, betapa pentingnya untuk ambil tau pasal politik. Politik bukan urusan pak-pak menteri atau ahli parlimen semata, tapi urusan KITA.

Aku bukan anti-kerajaan, aku bukan nak ajak orang memberontak, tapi aku nak ajak korang semua untuk sama-sama ikuti perkembangan semasa dalam negara kita sekarang. Kajilah, mana tindakan yang baik kita sokong, tapi yang mana mungkin akan menggadai hak bangsa, agama & negara, yang mana mungkin akan membeban/menindas golongan rakyat bawahan kita ada hak untuk bersuara (maksud aku dengan saluran yg betul). Aku sendiri taknak dek kerana pemimpin-pemimpin rakus ni, anak cucu kita nanti yang akan tanggung akibatnya.

Sayangkanlah masa depan bangsa, agama & negara kita. Ini ajelah tanahair yang kita ada. Kehidupan & kekayaan yang kita sibuk kejarkan hari-hari tu dah tak berguna bila tanahair kita tergadai kerana kealpaan kita.

p/s: Lagi sedih bila dengar lagu ni..

WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Wednesday, August 30, 2006

THE ABANDONED HEART

It really scares me to see how our life can dramatically change. Today we might be happy, healthy and leading a good life, but tomorrow might be different. We can be fit and healthy but we might not be able to walk tomorrow because of our health condition. We might be able to live in comfort but tomorrow we might live like a pauper. In short, whatever we have at this moment might be taken away from our grasp in future. We will never know what will happen and what is in store for us.

I am fully aware that throughout this live, there will always be adversity but the saddest part is when it happened at the final chapter of your life. To be abandoned by your own flesh and blood because your health condition is a burden to them. To live your remaining days in solitude when you used to be surrounded by your loved ones, not be able to do whatever you enjoy doing previously because your health inhibits you from doing so. Thats life, one moment you have everything and then it disappears.

I wonder how come so people can be so heartless, shirking their responsibility to take care of their old parents. My heart ache to see a sixty five year old woman (she got Parkinson and paralyzed) being tossed from one of her kids house to the other and they finally dumped her at their auntie's house (the old lady sister) who is also not fit enough to take care of her own self. Imagining this to happen to my parents or even myself is enough to make me feel like crying. The truth is, I feel like strangling their selfish children. However, as the Malay proverb goes 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. No amount of sympathies will lessen their burden. I can feel their frustration eventhough they did not show it.
I pray that the tough times and sufferings wont last, for Allah to protect and give them enough strength to go through their days. May their heartless children realize and remember all the hardship that their mother had to go through to raise them.

Tuesday, August 22, 2006

SELIMUT HATI - DEWA

Aku kan menjadi malam - malam mu
Kan menjadi mimpi - mimpi mu
Dan selimuti hatimu yang beku

Aku kan menjadi bintang - bintang mu
Kan slalu menyinarimu
Dan menghapus rasa rindumu yang pilu

Aku bisa untuk menjadi apa yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya

Aku kan menjadi embun pagimu
Yang kan menyejukkan jiwamu
Dan kan membasuh hatimu yang layu

Tinggalkan sejenak lalumu
Perlu sdikit waktu kepadaku tuk meyakinkanmu


p/s: Thank you. I'm touched...

Monday, August 21, 2006

A RETURN TO THE ALMA MATER

Ada dua part yang paling best sepanjang aku kat Penang.

a) Dapat jumpa Jen (dah cite dalam entry sebelum ni)
b) Balik ke USM.

Lepas 5 tahun tinggalkan USM, aku balik semula menjenguk tempat lama menimba ilmu dulu. Bila nampak main gate dengan logo besar USM, hati melompat-lompat macam ulat bulu. Excited tak terkira. Nasib baik mama & ayah cukup sabar dengan perangai aku yang tetiba macam budak kecik masuk Toys 'R' Us. Kalau boleh semua ceruk USM tu aku nak pegi & ambil gambar. Semuanya macam mengingatkan aku pada masa tu. Banyak betul perubahan dengan bangunan-bangunan baru. Yang paling tergezut siap ada desasiswa (kolej) baru tersergam khas untuk student first year. Ingatkan private kondo, jauh berbeza dengan dulu. Masa tu first year students dok sekali dengan seniors and setiap desasiswa cuma setakat 3 atau 4 blok bangunan 4 tingkat.

Sempat jengok lokasi baru Kedai Mahasiswa @ KM and singgah kejap. Lalu kat Dewan Budaya tapi tak sempat makan kat Gerai Nasi Ayam yang famous tu. Entah ade lagi ke tidak agaknye. Lalu gak depan Tasik Aman yang penuh dengan ikan lapar & tungtung, berhenti kat VC Rock yang mengadap view laut & jambatan Pulau Pinang (kawasan yang paling romantik nak dating..hehe..)

Twin Tower kat Penang? Gambar ambik from Padang USM

A view of Jambatan Pulau Pinang taken from VC Rock

Another view of Twin Tower clone from VC Rock.

Masuk jap ke library 1 & 2, siap buat lawak dengan ayah & mama yang kononnye diaorang ni la student paling tua penah jejak kaki dalam library nih. (hehe sorry mum & dad!), sambil jalan nak ke library tu tangan ni gatal lak tarik pintu Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) - dewan belajar TITAS & tempat bersalam dengan DYMM YDP Agong merangkap cancellor USM masa konvo dulu - & jengah ke dalam. Baru terperasan rupanye diaorang tengah sibuk dengan preparation Konvo tahun ni.

Bila dikenang dah jah aku tinggalkan alam student ni. Dah tua rupenye..hehehe..Nampak students2 ni sume macam nampak budak kecik jek. Kat sini la aku belajar memahami pelbagai tingkah laku & kerenah manusia. Daripada program-program U & kolej yang aku join, aku perhatikan macam mana kuasa & kedudukan boleh mempengaruhi manusia. Buat aku sedar yang politik and perebutan kuasa bukan hanya wujud di kalangan ahli perniagaan atau ahli politik, tapi di kalangan student. Permainan politik di kalangan student pun tak kurang hebatnya. Boleh bergaduh, tikam menikam sesama sendiri, bermuka-muka sana sini semata-mata nakkan sokongan terutamanya dari orang kuat kolej walaupun sekadar untuk jawatan kecik seperti AJK program kolej. Yang penting, dari sini aku tahu, kempen yang baik + kroni berpengaruh boleh buat seorang yang tak reti buat kerja tapi pandai bercakap terpilih atas dasar populariti seterusnya menumbangkan seorang yang betul berkebolehan & berkelayakan tapi tanpa kempen & kroni.

Desasiswa tempat tinggal aku dulu, Indah Kembara.Bayangkan, kalau student pun pandai main belit politik sebab nak berebut jawatan ciput kat kolej yang tak boleh buat dia dapat projek berjuta-juta, betapa hebat lagi permainan politik dalam 'real world'. (Yang aku maksudkan ni politik tak bersih). No wonder ramai yang sanggup jadi pembunuh semata-mata sebab kedudukan. Tak heran, sebab alam student pun dah wujud politik kampus..so bila students-students macam ni grad, itulah yang diaorang bawak keluar ke alam sebenar. Alamak, rasanya topik mcm dah tersasar nih...


Anyway berbalik pada cite asal, satu masa dulu, sini la tempatnya aku bersengkang mata buat assignment, tak tido buat revision, berhuha huha kat Kembara Square sampai pagi, sibuk dengan akiviti kolej & persatuan macam orang gile. Segala perih jerih berjauhan dengan family, susah payah hidup as student, terpaksa utamakan duit poket atau biasiswa untuk nota & assignment dari kepentingan perut semuanya macam terbayang-bayang bila jejakkan kaki kat sini lagi. Hari yang memang panas giler tu pulak mengingatkan macamana aku terpaksa berpanas terik menapak ke dewan kuliah dari desasiswa yang jauhnya lebih kurang 5km. Aku ingat lagi, demi nak tambah duit poket aku jual/sewa vcd kat budak2 kolej (masa tu jual pirate vcd tak kena tangkap), pastu sekali dengan geng mafia, we all bukak gerai jualan di setiap festival yang universiti organize. Dengan duit tu dapat le beli mountain bike so tak payah le menapak ke kelas. (Nak beli motor, Mama dah haramkan moto dalam senarai harta anak2 dia; nak beli keta masa tu memangla tak mampu). By 2nd year, pihak USM provide bus service from Desa to DK (Dewan Kuliah, bukan Datuk K). Tapi biasalah, bas datang pepagi buta, aku pulak SUKA abis bangun pagi. So serupa tak payah ada bas, most of the time that beskal tu la transport utama aku.

Sempat gak pi opis Alumni. Kengkononnya nak jejak geng2 lama especially geng2 MAFIA KEMBARA dulu. Tapi takde luck la pulak. Rindu teramat kat Enon, Bas, Hasma, Mimie & Ain. Terlalu banyak kenangan-kenangan giler yang best aku share dengan diaorang ni. I wonder how they are doing now. Hope diaorang semua dah berjaya dengan career or life masing-masing. Apapun, trip ala-ala 'back to memory lane' ni memang membuatkan aku berpuas hati yang tak terhingga. Sekurang-kurangnya hilang rindu kat Jen, hilang rindu kat kawan-kawan masa kat USM dulu.

Friday, August 18, 2006

THE MISSING LINK

Lepas lebih kurang 6 bulan akhirnya aku dapat jumpa dengan ahli Fab 5 yang sorang ni. Jen masih macam dulu, masih Ms. Loudspeaker. masih Ms. Universe, masih Ms. Evil Queen. Really appreciate her effort to spend time with me. Sanggup jumpa aku walaupun kuar opis dah nak pukul 10mlm. (Masih pekerja terajin macam dulu gak. hehe..). Bila dah jumpa tu ape lagi, macam-macam topik disembangkan, masing2 berebut nak bercerita. In the end, satu restoran Nasi Kandar tu bergegar dengan ketawa setan aku & Jen. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi we all melepak. Aku tak tau la Mamak restoran tu pelik ke tak tengok sorang budak cina rambut coklat dgn budak melayu berambut XXX dok bermuahaha tak peduli orang keliling.

Second nite kat Penang, sambung operasi sembang semalam dengan jen. Kali ni Jen datang Apartment aku lak. Siap berangan nak buat trip backpacking dengan the rest of Fab 5. Tapi problem kat chairman la, sure dia keras (as always) sebab confirm kitaorang akan buat or tanye soalan2 yang buat dia panik macam selalu. Tapi kali ni mungkin dia tak kena teruk sangat sebab dah ada 'support' kuat. Borak punye borak tak perasan dah dekat pukul 3 pagi. At last Jen terpaksa overnite kat Vistana (Teringat time masa Jen kat JB dulu overnight kat umah aku or umah aini). Kesian jen terpaksa bereksperimen tido tak bukak contact lense yang memang jadik hobby aku selama ni. Lagi kesian kat dia, pukul 6 pagi dah nak kena bangun semula and rush balik rumah nak pi keje.

Thanks Jen, for your time. Rindu sangat nak kumpulkan semua Fab 5 semula. Hopefully one day all of us will have a fantasatanic time together again!

Jen & her new Myvi. Hey, I'm the first Fab 5 inside!

Kita minum dulu!!


Jen, tengah syok bercerita....

Mak aku panggil gambar ni 'The Fisherman's Friend' ...hahaha

Peace! (bukan jari aku, ni Jen punye!)

Wednesday, August 16, 2006

MISSION ACCOMPLISHED

Akhirnya dapat gak aku menunaikan satu daripada hajat-hajat aku tahun ni - bawak family gi trip. Niat asal nak ke Kuching ditukar ke Penang-Langkawi atas permintaan mama and ayah.

Trip ni memang bermakna sesangat bagi aku sebab kali pertama aku bawak the whole family bercuti dengan segala-galanya dirancang & diuruskan dari A sampai Z oleh aku sendiri.

Rasa seronok sebab dapat menggembirakan hati family memang tak boleh nak describe. No matter how much you have to spend, seeing the excitement and happy looks on their faces is really priceless. Kalau orang tanye aku, macamana dengan holiday, jawapan ikhlas aku, aku happy sebab diaorang happy.

Alhamdullilah, semua berjalan lancar. Selamat pergi & selamat balik. Otak pun lega sikit lepas bercuti seminggu. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk aku & parents sampai ke 'destinasi impian' itu pulak lepas ni. Amin!

Tuesday, August 8, 2006

YEEHAA!!

I need this break badly. I need to cool off my steaming head. I've been looking forward for this and finally the moment i've been waiting for has arrived.

This is the time to relax.
This is my time to ponder.
This is my time to be with my loved ones.
This is my time appreciate everything around me.
This is my time to capture the moments.
This is my time to recharge my energy.
This is my time to recover my sanity.
This is my time to be away, away from the hectic working life.

Yeehaa!

Wednesday, August 2, 2006

THE APPLE OF MY EYE

After four days in Malacca, I wish I can continue my leave but I know I have to go back or else Pn. Shila and the rest of my team gonna 'parang' me. So I reluctantly waved Hariz goodbye. He looked so adorable with his sweet sengih and flying kiss, and I swear nothing sounded cuter than the way he said 'ta ta'.

When I arrived Malacca last Saturday, I never thought it's going to be this hard to leave. It's not my first time visiting them and it's not as if i never spend few days at their house before. But it was never this hard to part with Hariz.

My only activity on my way back to JB, was to scroll his pics on my digicam that I have taken during the 4 days stay. And my first night in jb was filled with dreams of him. This morning when I woke up, my mind keep playing the tune from his toy phone. He used to play and danced to it again and again.

I found myself smiling when I looked at all his photos captured in my digicam and when I recalled all his antics. One video shoot of him running in the park really made me laughed.

Even until this moment, I can still picture his laughter, his sweet smile, the way he run & walk, the cute way he pronounce cat as 'tat', car as 'tar', how happy he was during his bath time, how excited he was running here and there when I brought him to the park, how he tried to imitate my dad performing solat and how he made me laugh watching him dance at his favorite ad tune. Hariz..Hariz...he's simply adorable..and I miss him so much!