Monday, May 4, 2009

WATER THEMEPARK@STARHILL JB

Last weekend I was in JB. Since anak-anak sedara aku yang comel pun balik sekali, memang sesuai kalau buat perkelahan keluarga. Budak-budak kan suka main air, mak & bapak budak lagilah suka. So we all went to La Stella Water Theme Park kat Starhill Golf Resort. Actually, aku dapat tau pun through Google. Sebelum tu tak pernah tau pun ada Waterpark kat situ. Teramat la dekat dengan rumah my parents.

Tak susah nak cari tempat ni. Kalau aku tak silap, masa Fab 5 kena organize Annual Dinner dulu, we all pernah datang survey Starhill ni. Tahun 2004 ke awal 2005, waterpark ni pun belum wujud lagi. Masa tu naik Iswara buruk company. Dahla berhimpit naik lima orang, takde aircond pulak. Haha! One of the unforgettable memories of Fab 5. (Macam tajuk album lagu pulak).

Masa aku & family sampai, aku tengok yang datang semua mengangkut golf clubs. Tak nampak pun ada unsur-unsur air. Kena register & bayar entrance fee kat opis dulu. Terperanjat gak aku bila kakak yang jaga counter tu baik & friendly. Sekarang ni kalau berurusan dengan orang-orang kat counter apapun, susah nak jumpa yang murah senyum, berbudi bahasa & ada customer service skill yang bagus, kan? We all kena bayar RM15.75 seorang untuk bayaran masuk. Tapi budak-budak bawah umur 4 tahun & orang dewasa 55 tahun ke atas FREE, So cuma aku, Cik Nanie, my brother and wife dia je kena bayaran masuk. Okla kan - jimat. Kalau nak murah datang weekdays RM10++ je. Lepas tu we all dibagi tag, kena pakai sepanjang ada kat dalam tu. Selagi tak koyak, selagi tu boleh la keluar masuk dari parking atau golf course ke area water themepark ni.

Jalan masuk ke Waterpark area. Tiang-tiang besar tu
buat aku terasa macam kat Rom la pulak.

Pakai jangan tak pakai

Tempat dia tak besar mana pun. Setakat nak bawak budak-budak & diri sendiri main air tu boleh la. Lagipun tak crowded sangat, memang menepati citarasa aku yang anti-sosial ni. Ada satu pool besar & ada satu pool khas untuk budak-budak. Ada banyak kerusi-kerusi malas untuk family nak letak barang & lepak-lepak. Free jugak. Masa aku pegi Bali tahun lepas, sempat main air & bercanda kat pasiran Dreamland Beach, kononnya salah satu daripada pantai tercantik kat Bali. Kat situ pun ada banyak beach chair macam ni disediakan betul-betul atas pasir tepi laut, tapi banyak 'ulat-ulat' yang mengejar nak sewakan kerusi tu kat para pelancong. Masa time aku diaorang nak charge Rp30,000 untuk satu kerusi (lebih kurang RM11-12). Boleh la kalau nak bargain, tapi lagi baik aku letak barang atas batu and duduk atas pasir - FOC! Memang dasar cheapskate!

Pool untuk dewasa. Siap ada pasir.

Pool budak-budak


Untuk mereka yang suka melompat, kat sini ada trampoline. Silalah melompat beramai-ramai. Peratikan gambar kat bawah. Trampoline ni nampak macam nak rebah je kan? Tapi, lepas budak-budak ni turun, ada satu geng mamat-mamat yang sekali naik melompat 4,5 orang. Trampoline ni tetap tak jatuh. Baru la aku confident nak try. Oh ye, kat sini pun ada satu water slide yang turun pakai inflatable tube tu. Yang tak logiknya, takde pun staff dia yang jaga kat tempat 'berlepas' tu. So pandai-pandai sendiri la camne nak turun especially orang yang belakang sekali. Kalau try nak 'berlepas' sendiri, confirm sangkut punye.


Malangnya we tak dapat nak bedal makanan yang dibawa dari rumah. Bukan main banyak makanan we all buat - ayam goreng, kebab, nasi lemak, buah2, air sejuk, airpanas, sandwich etc tapi malangnya just like any other theme park kat Malaysia ni, no outside food allowed. Lu lapar nak makan, lu beli kat kedai gua. Akhirnya, bekal makanan yang banyak-banyak tadi tu dijadikan dinner we all malam tu.

Lama jugak berendam, sampai Riz anak sedara aku yang memang suka main air tu pun taknak balik. Cuaca ari tu memang panas giler. Kulit aku yang memang pantang kena panas sudah semestinya legam.

Kesimpulannya, tempat ni ok & berbaloi la untuk orang-orang yang tinggal tak jauh dari area Kempas especially those yang tak tau nak gi mana masa cuti or tak kisah kena keluar at least RM10++ satu kepala just untuk main air & pasir. Itu tak termasuk makan minum lagi. Tapi harga makanan kat dalam ni boleh kata reasonable & affordable la. At least ada water slide & trampoline kan. Kalau gi piknik kat laut or waterfall pun cuma dapat main air je. Nak gi Wet World kat Batu Pahat pun jauh, nak kena bayar tol/minyak lagi. Ini jelah lokasi berendam terdekat yang tak crowded sangat.