First time buat benda alah ni. Takut, cuak, ngeri, seram sume ada. Ape taknye tangan kena ikat, badan kena ikat aka bedung dengan padding tebal, kena selimut dengan kain sampai ke leher. Dah tu ditinggalkan sorang-sorang.
Bila mesin tu mula bergerak, separuh badan dah masuk dalam terowong, kepala mula la terpikir bukan-bukan, kalau jadik ape2; kena karen ke, camne la aku nak lari.
Tak sangka aku kena buat MRI. Dulu selalu dengar cite bos pasal buat MRI ni, tak alih-alih aku pun sama. Lepas X-ray result ari tu tak memuaskan ati aku and doktor, dia rekeman aku undergo MRI ni plak sebab dia suspek 'Slip Disc'. MRI ni shortform untuk Magnetic Resonance Imaging. Purpose buat benda alah ni untuk produce detailed and clear images of soft tissues in patient's body. So dengan senanglah Encik Doktor tadi nak diagnose ape sebenarnya masalah pesakit.
Lepas projek makeover bilik, aku selalu sakit badan especially bahagian belakang and pinggang. Memula ingatkan sakit badan biasa so aku buat bodoh je dengan harapan boleh baik sendiri. Bila takde perubahan baru la sibuk nak pi klinik, tu pun lepas kena paksa. Sebenarnye aku pun tak perasan yang aku patutnye kena rehatkan badan dulu tak terpikir langsung nak ikut advice doktor soh rest. Lagipun, kalau dah kat opis tu, nak rest amendenya. Lagi-lagi time macam sekarang ni. Kebetulan pulak memang we all tengah busy organize inter agencies tournament, siap nak participate lagi, itu yang gasak training tak ingat dunia dah tu siap mengangkat and mengangkut segala hadiah and barang2 untuk preparation event. Jadiknye, lepas tu memang padanla dengan muka aku, klimaksnya masa badan bengkak & takleh nak bend langsung, dah sakit giler masa tu baru nak risau.
Dah segala macam ubat yang klinik bagi aku makan, 2,3 kali gak aku ulang treatment kat klinik yang sama siap kena inject lagi tapi still macam tu gak. Bila kena refer kat sini, kena buat urine test la, blood test la, physio test la sume tu aku still relax jer. Tapi bila dah tukar baju spital, tengok nurse (actually diaorang ni bukannye nurse, tapi radiologist. Bukan sembarang orang boleh conduct benda ni) dok prepare benda2 yang nak diguna, ngeri la plak. Nasib baik ke'friendly'an dia dapat le mengurangkan kenervousan aku. Aku ingat lagi , masa aku dah baring kat atas tu n Cik Radiologist tengah dok ikat tangan aku, aku keep on tanye dia 'ada side effect ke tak buat benda ni", 'sakit ke tak nanti'...jawapan dia melegakan aku, dia kata tak sakit tapi badan aku akan rasa sakit sikit sebab test ni akan makan masa sejam and dia advise aku jangan bergerak-gerak sebab takut effect test result. Mak ai, bayangkan le sejam terbaring dalam confined space, dengan kena ikatnye, dah tu tak leh gerak-gerak. Aduss!
Lepas setel proses ikat mengikat, Cik Radiologist tadi pun keluar pi bilik sebelah. Sebelah bilik MRI ni ada satu bilik lagi dengan satu tingkap kaca yang besar. From this room la the radiologist controls the equipment yang diguna untuk scan badan patient and from this large glass view the patient inside the MRI machine. In fact, diaorang boleh communicate dengan patient through interkom. Tapi patient tak leh nak respond la cos dah kena ikat.
Bila pikir positif, bole la aku spend time ni untuk tido. Tak pun boleh gak aku berpikir n sort benda-benda dalam otak ni satu-satu. Tapi macam mana nak tido or nak pikir, sepanjang test tu ada la bunyi-bunyi pelik. Aku rasa mungkin bunyi mesin dia tengah scan badan aku la kot. Dalam pada tu, terpikir gak macamana agaknye nasib aku kalau tetiba mesin ni meletup ke, ada teknikal problem sampai jatuh timpa aku or terhimpit aku ke, mau arwah kat dalam ni.
Lepas 1/2 jam tetiba bunyi bising tadi stop. Aku dengar bunyi pintu and bunyi kasut Cik Radiologist, hati dah hepi gile ingatkan dah abis seksa aku. Macam tau & tak payah ditanye, Cik Radiologist tu bagitau sendiri "Belum abis lagi, nak scan bahagian atas pulak. Tapi kali ni ada tak selesa sikit lah". Memang giler bapak punye tak selesa. Apa taknye, kali ni aku kena 'bedung' dari bahagian perut sampai ke dagu. siksa betul nak tunggu lagi 1/2 jam.
Akhirnya masa yang aku tunggu pun tiba. Bunyi bising dah berenti, tapi tak dengar plak bunyi pintu or bunyi kasut Cik Radiologist mcm tadi. Penat aku tunggu, badan naik penat kena bedung ni. tetiba from interkom dia kata "Sekejap Survivor, rehatkan badan 10minit." Ahlamak....10minit lagi ke? Kalau ye pun nak soh aku rehatkan badan, bukak le dulu bedungan aku ni. Macam mana badan nak rehat dlm condition mcm ni. Lepas 10minit, aku dengar interkom lagi, ingat berita penderaan aku nak abis tapi ..."Sekejap Survivor, rehatkan badan 10minit". Aduss tensen betul...dah dua kali 10minit. Finally bila keluar, badan aku makin sakit, kepala plak macam kuar bintang but I'm glad it's over...
Part paling best bila time kat cashier counter, total expenses untuk segala test, ubat and consultation nearly RM2000. MRI test tu jek diaorang charge RM1200. Nasib baik company bayar, kalau duit sendiri mau menangis hantuk kepala depan cashier...
Yang paling buat aku terharu - mama and ayah. Seari suntuk kat hospital dari pagi sampai ke petang, lepas satu test ke satu test, sikit pun takde komplen kena tunggu lama. Selalunye kalau kena tunggu aku lama sikit je diaorang dah bising, tapi ari ni tak pulak. Suruh balik ke pi memana dulu sementara aku kat sini diaorang taknak pulak. Dahle the next day nak kena datang lagi untuk test result. Sayang jugak diaorang kat anak dia yang keras kepala ni. haha!
So kesimpulan dari result sumer2 test ni, aku kena rehat giler and dimakruhkan dari main bowling, mengangkat benda-benda berat e.g mengangkut air dari perigi atau pikul kayu api, buat aktiviti-aktiviti lasak macam wrestling, memburu atau pi berperang. Doktor kata mungkin memula muscle spasm, then bila belum baik betul aku dah melasakkan badan, tu yang jadi lagi teruk. Alhamdullilah.. lega sikit. Walaupun aku nampak relax tapi actuallynye aku risau gak. Mana la tau kalau betul slip disc. Buatnye paralysed seumur idup..ish! Nauzubillah! Mintak dijauhkan..
Hopefully by the time for follow up in August nanti, condition aku dah ok le. Kalau tak confirm kena masuk hospital and buat physiotherapy. Actually dari memula pegi ari tu Encik Doktor nak soh aku dok hospital, tapi memikirkan keadaan kat opis, tak tersampai ati la plak nak biarkan. Takut 'ter'lama bermastautin kat sana. Kesian pulak kat Pn. Shila, takkan aku nak lepas tangan. Anyway, korang doakan la eh....