Sunday, October 30, 2005

RADJA - RIVAL BARU PETERPAN?

Kecoh pasal Radja - kononnya dah jadi band yang paling popular kat Indonesia sekarang. Hmm..betul ke? Takkan dah ada band yang boleh mencabar band favorite aku, Peterpan? Kalau betul, maybe tak lama lagi sambutan Radja kat Malaysia pun sama kot. Oleh kerana nak mengetest kesahihannya, aku beli CD Radja. Tak dinafikan ada tracks yang best macam Jujur, Tulus and Takkan Melupakanmu; sekali dengar terus suka and ada jugak yang kena dengar few times baru terlintas "best jugak lagu ni".

Yang best about this band, their songs mostly are upbeat and energetic, ones we can wake and start our day with. Tulus, Jujur and Takkan Melupakanmu are highly recommended. Lagu-lagu lain yang best and boleh hilangkan ngantuk, cuba dengar lagu Cinderella, Butuh Waktu, Ini Aku Adanya, Tetaplah Menjadi Milikku, Lepas Masa Laluku.

Buat masa Peterpan is still my no 1 but Radja dah turunkan Padi and Dewa satu step kebawah dan menyepak keluar terus S07 dari list Favorite Indonesian Band aku. Sama ada Radja akan jadi band no 1 dalam list favorite aku,wallahuaklam. Kita tunggu dan lihat jelah...

Friday, October 28, 2005

IT'S ALL COMING BACK TO ME...

Arggh!! Rasa mcm baru je kena pulun dengan tsunami. Semuanya gara gara tak sengaja, kenapa la aku boleh ke situ? And kenapa la pulak dia boleh bagi message mcm tu? Dah bertahun-tahun semuanya over tapi benda-benda yang ada kaitan dengan dia still boleh menjejaskan proses homeostasis badan aku. I feel uneasy, takleh focus and beat jantung aku still laju mcm beat lagu techno bila nampak dia. Jangan kata nampak dia, dengar nama dia pun dah boleh buat aku menggelabah. Kadang-kadang aku rasa betapa tak munasahnya aku ni..Ada sekali tu, 3 mlm aku takleh tdo sebab terserempak dengan dia lepas berkurun we all tak jumpa. Tapi tu lain la, masa tu aku still tak get over dia lagi.


Cuma aku jadi confuse & uncomfortable pulak dengan kes ari ni. Pelik! I 'm sure I no longer have the same the feeling I used to feel before, but why am I still reacting this way? Kenapa eh? Takkan aku still ada ati kat dia lagi. Ish! Mungkin tidak...Agaknye aku ni tergezut + control excited kot sebab nampak dia.


Nasib baik benda ni tak jadi semalam, alamatnye tak siaple proposal paper aku tu. Tapi, kalau aku busy takkan le aku ada masa nak ke tempat 'accident' tu. Terflash back kejap cerita masa muda-muda dulu. Haha!! ;)


Anyway, bagus gak jadik macam ni, at least aku tau dia OK. Seikhlasnya aku happy bila dapat tau yang dia happy and dah berjaya dengan career dia. Aku sebenarnya patut berterima kasih gak kat dia. Disebabkan apa yang jadik between aku and dia ni, macam-macam benda yang aku kena go through and it's not something which I hope to experience again. Yang bagusnya, banyak benda positive yang aku belajar dari pengalaman tu. Bermula dari rasa taknak kalah n nak buktikan kat dia yang aku pun boleh, it has inspired me to improve myself and in the end semuanya bertukar jadi sebahagian dari diri aku. Kalau tak kerana semua tu, aku pun tak tau kat mana aku sekarang.


Untuk orang ni {walaupun aku rasa tak mungkin dia akan baca blog aku ni} - I sincerely wish you happiness in life. You're still one of the best people i've ever met. Thanks for inspiring me to be what am I today. Though we have different life's direction now, you have left a deep imprint in my heart and i know i shall never forget how much you have touched my life .

Thursday, October 20, 2005

SAMPAI - KRU

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami
Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi
Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya

Sampai
tubuh tak bernyawa
Sampai
ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa ?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..


Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta ?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. ?
tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku
bersamamu...

Sampai tubuh tak bernyawa
SAMPAI ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir...

Andai dikurnia syurga..
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Kau sampai padaku


My current favorite track from KRU..LAYAN!!!

Wednesday, October 12, 2005

WOOHOO!!


Someone has just made my day & i can't stop smiling.....