So, we all gi la ronda carik kat tempat lain. Jumpa satu kedai apek ni. Durian dia comel-comel belaka. Tapi harganya...masyaalah! RM12 SEKILO!!Melopong+terkejut bapak beruk aku & Cik Nanie! Kalau ada lalat sure dah masuk dalam mulut kitaorang ni.
Apek tu dengan cerianya kata, time siang durian tu RM15 SEKILO, so RM12 ni kira special offer sebab kedai nak tutup. Siap kasi guarantee yang we all takkan menyesal beli durian dia.Bodek punye bodek akhirnya, apek tu setuju kira RM10 untuk SEBIJI durian. Last-last, aku amik 3 biji durian dengan harga RM30 semuanya setakat nak lepas rasa mengidam tu.
Sesungguhnya, memang berbaloi beli. Sungguh best, menyesal pulak beli 3 biji je. Kalau tau cukupkan aje beli 5 biji terus. Confirm lepas ni aku akan jadikan apek tu bestfren. Mudah-mudahan dapat diskaun lebih lagi, tak pun bole kasi free..Muahahaha!