Thursday, August 31, 2006

A WAKE UP CALL FOR EVERYONE

Sedih tengok keadaan sekarang.

Ari tu tengok Edisi Siasat kat NTV7. Diaorang interview teenagers pasal bila negara merdeka, apa tu rukun negara etc. Tapi aku terkujat and sedih bercampur marah tengok budak-budak ni tak tau bila tarikh negara sendiri merdeka and apa tu rukun negara!

Apa la nak jadi dengan diaorang ni, dahle diaorang yang bakal jadi pemimpin negara akan datang. Sedih sungguh! Diaorang ni pi sekolah ke tak? Takkan tak diajar sejarah or rukun negara?

Bayangkan generasi ni 10 atau 20 tahun akan datang, ape agaknye nasib negara kita?

OKla, tak payah cerita pasal budak2, apa erti merdeka bagi kita sendiri?

Public holiday?
Tengok bunga api?
Melepak beramai-ramai kat konsert malam merdeka?
Menjerit merdeka beramai2 tepat pukul 12 malam?
Berkempen kibar bendera kat kenderaan?
Berarak dengan moto/basikal/kereta dengan bendera Malaysia?

Pejuang-pejuang kemerdekaan atau orang-orang yang terlibat mempertahankan negara semestinya sedih, seolah-olah pengorbanan diaorang ni tak dihayati generasi baru. Hati aku tersentuh bila satu iklan interview dengan sorang bekas askar yang buta akibat cedera demi mempertahankan negara. Besarnye pengorbanan diaorang sebelum negara kita sampai ke tahap sekarang ni.

Dari situ susahnya negara kita bertapak selangkah demi selangkah sebelum masyarakat dunia mula menghormati kita. Dan bila negara kita dah membangun, terkenal di mata dunia muncullah pulak manusia-manusia tamak yang 'mencuri' hak rakyat untuk kekayaan sendiri & kaum kerabat. Tak cukup dengan tu, orang-orang yang diharapkan menjadi pagar jaga negara & jaga rakyat lebih senang jaga periuk nasi sendiri dari menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin. Tak berani menentang arus sebab takut lemas.

Sedih lagi.

Kenapa mesti ada orang macam ni jadi pemimpin. Apa masa depan negara, apa masa depan bangsa kita sebenarnya? Sia-sia je pengorbanan pemimpin lepas dan mereka yang bertungkus lumus memerdekakan negara dulu sedangkan kita sebenarnya masih ditindas dengan ditipu oleh pemimpin sendiri.

Diaorang ni tak sedar lagi ke yang bangsa & negara boleh tergadai kerana ketamakan diaorang.

Hakikatnya, jurang perbezaan antara si miskin & kaya makin ketara.

Aku tau ramai yang tak ambik kisah. Ramai yang kata 'Ah aku tak minat politik-politik semua ni'. Tapi ramai yang tak sedar, betapa pentingnya untuk ambil tau pasal politik. Politik bukan urusan pak-pak menteri atau ahli parlimen semata, tapi urusan KITA.

Aku bukan anti-kerajaan, aku bukan nak ajak orang memberontak, tapi aku nak ajak korang semua untuk sama-sama ikuti perkembangan semasa dalam negara kita sekarang. Kajilah, mana tindakan yang baik kita sokong, tapi yang mana mungkin akan menggadai hak bangsa, agama & negara, yang mana mungkin akan membeban/menindas golongan rakyat bawahan kita ada hak untuk bersuara (maksud aku dengan saluran yg betul). Aku sendiri taknak dek kerana pemimpin-pemimpin rakus ni, anak cucu kita nanti yang akan tanggung akibatnya.

Sayangkanlah masa depan bangsa, agama & negara kita. Ini ajelah tanahair yang kita ada. Kehidupan & kekayaan yang kita sibuk kejarkan hari-hari tu dah tak berguna bila tanahair kita tergadai kerana kealpaan kita.

p/s: Lagi sedih bila dengar lagu ni..

WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan