a) Dapat jumpa Jen (dah cite dalam entry sebelum ni)
Lepas 5 tahun tinggalkan USM, aku balik semula menjenguk tempat lama menimba ilmu dulu. Bila nampak main gate dengan logo besar USM, hati melompat-lompat macam ulat bulu. Excited tak terkira. Nasib baik mama & ayah cukup sabar dengan perangai aku yang tetiba macam budak kecik masuk Toys 'R' Us. Kalau boleh semua ceruk USM tu aku nak pegi & ambil gambar. Semuanya macam mengingatkan aku pada masa tu. Banyak betul perubahan dengan bangunan-bangunan baru. Yang paling tergezut siap ada desasiswa (kolej) baru tersergam khas untuk student first year. Ingatkan private kondo, jauh berbeza dengan dulu. Masa tu first year students dok sekali dengan seniors and setiap desasiswa cuma setakat 3 atau 4 blok bangunan 4 tingkat.
Sempat jengok lokasi baru Kedai Mahasiswa @ KM and singgah kejap. Lalu kat Dewan Budaya tapi tak sempat makan kat Gerai Nasi Ayam yang famous tu. Entah ade lagi ke tidak agaknye. Lalu gak depan Tasik Aman yang penuh dengan ikan lapar & tungtung, berhenti kat VC Rock yang mengadap view laut & jambatan Pulau Pinang (kawasan yang paling romantik nak dating..hehe..)
Twin Tower kat Penang? Gambar ambik from Padang USM
A view of Jambatan Pulau Pinang taken from VC Rock
Another view of Twin Tower clone from VC Rock.
Masuk jap ke library 1 & 2, siap buat lawak dengan ayah & mama yang kononnye diaorang ni la student paling tua penah jejak kaki dalam library nih. (hehe sorry mum & dad!), sambil jalan nak ke library tu tangan ni gatal lak tarik pintu Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) - dewan belajar TITAS & tempat bersalam dengan DYMM YDP Agong merangkap cancellor USM masa konvo dulu - & jengah ke dalam. Baru terperasan rupanye diaorang tengah sibuk dengan preparation Konvo tahun ni.
Bila dikenang dah jah aku tinggalkan alam student ni. Dah tua rupenye..hehehe..Nampak students2 ni sume macam nampak budak kecik jek. Kat sini la aku belajar memahami pelbagai tingkah laku & kerenah manusia. Daripada program-program U & kolej yang aku join, aku perhatikan macam mana kuasa & kedudukan boleh mempengaruhi manusia. Buat aku sedar yang politik and perebutan kuasa bukan hanya wujud di kalangan ahli perniagaan atau ahli politik, tapi di kalangan student. Permainan politik di kalangan student pun tak kurang hebatnya. Boleh bergaduh, tikam menikam sesama sendiri, bermuka-muka sana sini semata-mata nakkan sokongan terutamanya dari orang kuat kolej walaupun sekadar untuk jawatan kecik seperti AJK program kolej. Yang penting, dari sini aku tahu, kempen yang baik + kroni berpengaruh boleh buat seorang yang tak reti buat kerja tapi pandai bercakap terpilih atas dasar populariti seterusnya menumbangkan seorang yang betul berkebolehan & berkelayakan tapi tanpa kempen & kroni.
Desasiswa tempat tinggal aku dulu, Indah Kembara.Bayangkan, kalau student pun pandai main belit politik sebab nak berebut jawatan ciput kat kolej yang tak boleh buat dia dapat projek berjuta-juta, betapa hebat lagi permainan politik dalam 'real world'. (Yang aku maksudkan ni politik tak bersih). No wonder ramai yang sanggup jadi pembunuh semata-mata sebab kedudukan. Tak heran, sebab alam student pun dah wujud politik kampus..so bila students-students macam ni grad, itulah yang diaorang bawak keluar ke alam sebenar. Alamak, rasanya topik mcm dah tersasar nih...
Anyway berbalik pada cite asal, satu masa dulu, sini la tempatnya aku bersengkang mata buat assignment, tak tido buat revision, berhuha huha kat Kembara Square sampai pagi, sibuk dengan akiviti kolej & persatuan macam orang gile. Segala perih jerih berjauhan dengan family, susah payah hidup as student, terpaksa utamakan duit poket atau biasiswa untuk nota & assignment dari kepentingan perut semuanya macam terbayang-bayang bila jejakkan kaki kat sini lagi. Hari yang memang panas giler tu pulak mengingatkan macamana aku terpaksa berpanas terik menapak ke dewan kuliah dari desasiswa yang jauhnya lebih kurang 5km. Aku ingat lagi, demi nak tambah duit poket aku jual/sewa vcd kat budak2 kolej (masa tu jual pirate vcd tak kena tangkap), pastu sekali dengan geng mafia, we all bukak gerai jualan di setiap festival yang universiti organize. Dengan duit tu dapat le beli mountain bike so tak payah le menapak ke kelas. (Nak beli motor, Mama dah haramkan moto dalam senarai harta anak2 dia; nak beli keta masa tu memangla tak mampu). By 2nd year, pihak USM provide bus service from Desa to DK (Dewan Kuliah, bukan Datuk K). Tapi biasalah, bas datang pepagi buta, aku pulak SUKA abis bangun pagi. So serupa tak payah ada bas, most of the time that beskal tu la transport utama aku.
|