Friday, September 1, 2006

WHEN RAINY DAY COMES.....

Kadang-kadang kita tak tau benda yang kita rasa tak penting hari ni mungkin berguna satu hari nanti..

Ari ni nak cerita pasal kepentingan insurans.

Dulu bila agen-agen insurans datang nak approach aku, dengan kereknya aku slalu bagitau diaorang yang i don't need any sebab company dah provide medical and life insurans. So if anything happened to me, my family tak perlu susah payah pikirkan duit nak bayar for my treatment. Kalau aku mati sekalipun, parents aku akan kaya sebab dapat papasan 250K. Lagipun selagi aku kerja ni, takde sebab aku nak jadi bodoh buat salary deduction tetiap bulan bayar duit insurans sedangkan company punye insurans dah cover semua. Anyway, tahun lepas aku join gak satu personal insurans. Bukan sebab aku ubah pikiran tapi sebab insurans tu act as a saving apart offering the usual medical and life coverage.

Tapi,

Kes ari ni dah tukar persepsi aku.

Ada gak faedahnye standby 1 atau 2 insurans lain selain yang company bagi.

Bila time sihat mungkin automatik otak akan rasa tak perlu, mustahil kita perlukan semua tu sedangkan apa yang syarikat bagi setiap tahun pun tak terabis. Tapi,kita tak tau apa yang akan jadi and kita tak tau malang yang akan menimpa. Kes ari ni menyedarkan aku yang sometimes we might need more than what the company offered especially if we required a special treatment by the specialists.

Walaupun staffs in my company have the option to go either to Specialist or GH, but there's a limit to the coverage. What if you are in critical condition and unconsciuos; and the doctors can only decide what to do when you gain your conciousness. For the time being they can only monitor your developemnt in ICU.Dok semalam kat ICU dengan ubat+equipment kat specialist hospital je dah 3K++, What happened if the costs are more than the coverage? Sapa nak tanggung? Kita & keluarga kita gak...

Nak jimat? pi GH? Same thing, real story, kalau GH takde equipment /ubat yang kita perlukan masa tu we have to be transfered to Specialist Hospital. Nak buat camne, terpaksa la guna savings atau epf. Kalau kes socso boleh la socso tanggung, tu pun nak kena go through proses panjang. Nak tak nak terpaksalah dulukan duit sendiri. Tapi kalau ada insurans; mungkin boleh membantu kita dalam kes-kes macam ni.

Aku ingat lagi macam mana aku, pn. shila, and tina puas pikirkan mcm mana nak tolong staff ni handle medical expenses dia yang dah terlebih-lebih exceed. Mungkin nak kena transfer ke GH so his family tak la terbeban nak bayar banyak sangat.Company mmg takkan cover amount terlebih tu. Walaupun Company agree nak bayarkan dulu, tapi in the end staff ni still kena bayar semula apa yang Company dah bayarkan. Tak sampai hati rasanye nak inform and tambahkan risau family yang dh mmg risau tu.

Kes ni masih tak setel lagi, dia masih kat ICU dlm keadaan tak sedar, doktor pun masih tak sure nak buat aper. Kena tunggu dia sedar. So maksudnya, bayaran RM3K++ sehari masih berjalan sehingalah hari dia sedar and doktor buat keputusan apa treatment yang terbaik untuk dia.

Bila dah macam ni aku bersyukur la gak, aku ada standby satu lagi. Preparation for rainy days, Apapun aku harapkan semoga keadaan staff ni beransur stabil. Biarlah soal bayaran jadi soal kedua yang penting nyawa mesti diselamatkan dulu.