Monday, May 18, 2009

BEVERLY HILLS 90210 & YEARS LATER



Bila Star World sibuk dengan promo pasal siri baru 90210 dengan pelakon-pelakon baru, aku sikit pun tak berminat nak tengok. Probably because I don't want to be reminded of how OLD I am now! Huhu! Cerita budak-budak high school ni macam dah tak menepati citarasa and sungguh tak relevan lagi. Original 90210 series ni popular masa aku kat secondary school which was berbelas tahun dulu. Bayangkanlah betapa lamanya sejak aku kelihatan comel memakai uniform sekolah.


New 90210 Casts


Anyway, ari tu aku sempat gak tengok siri baru ni (Actually terpaksa tengok - Cik Nanie yang conquer TV every Tuesday). Bolehlah. Jalan cerita lebih kurang je mcm dulu, issues pun sama - drugs, love, family problem, social problems, affairs, scandal bla bla bla. Typical teenage drama la kan. Tapi aku sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal 90210 versi baru ni. Just terkenang balik zaman-zaman cerita asal Beverly Hills 90210 (title untuk siri baru ni just '90210' je rasanya) yang amat glamer dulu seglamer New Kids On The Block. Yess! hanya orang seangkatan aje yang tau. Just like NKOTB, everyone has their own favorite BH 90210 characters/actors/actresses. Kat plastik pembalut buku teks sekolah tu, kalau tak diletak poster 90210 mesti poster NKOTB. Itu belum tengok dinding bilik tido lagi..mak bapak yang tensen. Itupun kalau mak bapak diaorang jenis anti-tampal-poster-dalam-bilik-tido macam parents aku. Aku pun tak kisah sebab lagi suka conteng dinding dari tampal poster.

The 1990 Beverly Hills 90210 Casts

Cerita ni masa tu kiranya the first of its kind la, lepas siri ni meletup-letup barulah tumbuh TV series lain yang ala-ala mcm ni such as Melrose Place la, Dawson Creek la - yang penuh dengan pelakon-pelakon 'jambu'. Dulu aku takdelah minat sangat pun tapi ada masa-masa ikutlah jugak perkembangan especially masa kes cinta 3 ke 4 segi between Brenda Walsh (Shannon Doherty - agak popular as Prue Halliwell in Charmed), Dylan McKay (Luke Perry), Brandon Walsh (Jason Priestley) & Kelly Taylor (Jennie Garth) tu. Aku pulak minat dengan si Jennie Garth ni yang menurut mata aku, dalam semua casts 90210 masa tu dia yang paling cun. And of course la dalam conflict cinta segi-segi diaorang ni aku sokong Kelly dengan Dylan. Kenapa? Sebab Dylan tu nama dia dekat-dekat dengan nama aku kot? Muahaha!Tapi aku tak pernah pulak letak poster dia kat mana-mana. Minat konon!


The Lovely Jennie Garth @ Kelly Taylor - Dulu & Sekarang

Dalam siri baru ni, Jennie Garth aka Kelly Taylor still ada tapi as guest star je la. Dia actually ada anak dengan Dylan rupanye, haha..baru aku tau. Wah..wah.. character-character lama yang dulu students trang tang tang sekarang either dah kawin, beranak pinak or kembali single. Sama la macam budak-budak sekolah aku jugak. Haha! Seriously, after watching series after series dulu I still can't remember what happened to all the original characters in the end. Katanya nanti Donna Martin (Tori Spelling) & Brenda Walsh pun ada special appearance. Tempat melepak diaorang, Peach Pit tu pun nampak lagi hip sekarang sesuai la dengan zaman. Anyway, perkembangan watak-watak lama dalam siri baru ni setakat plot sampingan. Tak heran sebab cerita pun pasal budak-budak sekolah, pelakon lama yang dah tua pi jaga anak kat tepi sana.

Zaman tu pulak memang zaman suka buat soundtrack album. Bersepah-sepah album soundtrack dari TV series atau filem. Yang aku ingat banyak lagu-lagu best dalam soundtrack 90210 ni - my favorites were Saving Forever For You (Shanice) & The Right Kind Of Love (Jeremy Jordan). Tak pernah dengar? Mesti korang lahir tahun 1980an ke atas. Tapi kan, kalau didengar balik lagu-lagu tahun 1990an dulu, rasa macam muzik arrangement dia tak penuh gitu. Macam very empty & hollow. Tak macam lagu-lagu sekarang yang meriah dengan segala macam bunyi. Kadang-kadang sampai tak perasan pun ada certain bunyi dalam lagu tu, bila pakai headphone and betul-betul concentrate baru terdengar. Takpun bila timbul certain isu yang kononnya ada bunyi tak sepatutnya dalam lagu tu, baru la terperasan.

Tak tau la whether popularity for the new 90210 ni macam dulu ke tak. Lagipun sekarang banyak channel TV, banyak TV series yang best-best and sumber entertainment lain pun banyak jugak. Tak macam zaman aku sekolah dulu. Masa tu mana ada Astro or internet ni. Itu pun kira nasib baik dok kat Johor, dapat channel Singapore & Indonesia. Adalah option sikit nak tengok program luar instead of tengok local channel yang asyik kena potong sana sini, kalau tak potong kerana scene-scene yang sensored mesti sebab nak kasi ngam-ngam panjang cerita dengan time slot. RTM la yang suka potong-potong scene. Tau-tau je cerita dah lompat sana sini. Kalau potong cerita P. Ramlee takpe lagi sebab dah biasa tengok, kalau cerita tak pernah tengok confirm aku tak paham. Sekarang ni aku tak sure la RTM buat macam tu lagi ke tak sebab dah bertahun-tahun tak bukak channel RTM. Hahaha!