Tuesday, May 8, 2007

KERANAMU DURIAN

Harga durian melambung tinggi!

Disebabkan teringin sangat nak makan durian, mlm tadi aku & Cik Nanie pi la mencari. Punye la terkejut beruk, durian RM6 SEKILO. Mamat yang jual tu kata RM6 tu pun dah murah sebab dia jual RM7 SEKILO masa siang hari. Aku tawar-tawar pun tak dapat sedangkan yang aku tau harga durian kat Johor sekarang ni RM5 SEKILO. Itu pun aku rasa dah mahal giler kalau bandingkan dengan harga musim-musim sebelumnya. Akhirnya aku tak jadi beli dengan mamat tu atas harganya yang cekik darah tu.

So, we all gi la ronda carik kat tempat lain. Jumpa satu kedai apek ni. Durian dia comel-comel belaka. Tapi harganya...masyaalah! RM12 SEKILO!!Melopong+terkejut bapak beruk aku & Cik Nanie! Kalau ada lalat sure dah masuk dalam mulut kitaorang ni.

Apek tu dengan cerianya kata, time siang durian tu RM15 SEKILO, so RM12 ni kira special offer sebab kedai nak tutup. Siap kasi guarantee yang we all takkan menyesal beli durian dia.Bodek punye bodek akhirnya, apek tu setuju kira RM10 untuk SEBIJI
durian. Last-last, aku amik 3 biji durian dengan harga RM30 semuanya setakat nak lepas rasa mengidam tu.

Sesungguhnya, memang berbaloi beli. Sungguh best, menyesal pulak beli 3 biji je. Kalau tau cukupkan aje beli 5 biji terus. Confirm lepas ni aku akan jadikan apek tu bestfren. Mudah-mudahan dapat diskaun lebih lagi, tak pun bole kasi free..Muahahaha!

Moral of the story: Belilah durian waktu malam.