Ya Allah! Ape la nak jadik dengan budak-budak pempuan sekarang..Tak segan silu smoking macam lelaki. Tak malu ke orang tengok..
Itu la..kalau bukan Melayu, bukan Islam takpe jugak..ini anak-anak Melayu. Rosak anak-anak Melayu sekarang. Suka sangat ikut benda-benda yang tak elok..
Apela perasaan diaorang ni..bangga agaknye dapat tunjuk kat orang yang pempuan pun terer smoking. Dah moden sangat kononnye..
Intro perbualan between my mum and dad dlm keta after nampak sorang budak pempuan dengan selambanye smoking kat restoran.
Agaknye ni jenis pempuan yang....
Aku yang mulanye syok layan blues dengar cd, tak dapat control diri dari menjoin bila perbualan diaorang yang pada aku dah jadi macam bias sangat pada orang-orang pempuan yang smoking nih..
Ala, relaxla ma, ayah..biasa la tu zaman sekarang ni setakat pempuan smoking tu kan perkara biasa. Kalau diaorang smoking pun bukan bermakna yang diaorang tu jahat, entah-entah diaorang tu sebenarnye lagi baik dari kita-kita ni yang tak smoking.
Ah, awak tu memang.. Free Thinker. Yang tak boleh pun awak bolehkan..
Errkk..aku free thinker? gulp..Pulak..
Bukan, gitu...kita takleh prejudis kat orang. Kita kena open minded, tak baik kita label sorang pempuan tu jahat semata-mata sebab dia smoking.
Awak tau tak smoking tu makruh?
Tau la makruh, tapi kenapa bila ramai lelaki melayu Islam yang smoking takde pulak orang nak kata dia lelaki tak baik?
Itu lelaki takpe..ini perempuan. Mana peginya tatasusila perempuan? Perempuan sepatutnya mencerminkan peribadi sebagai pempuan.
Aduss...bab tatasusila, bab peribadi keperempuanan ni yang aku lemah..aku dah boleh rasa dah, yang conversation ni akan lead ke arah lain...Alamak bab ni baik aku tak comment lebih-lebih nanti jadi isu lain pulak.
Actually aku pun bukan smoker. Aku alergik dengan asap and bau rokok. I just cant stand it. Confirm akan pening tahap cipan kalau dok dekat dengan orang smoking. Tapi entahle kenapa aku carik bala dengan gatal mulut nak interupt conversation diaorang pun aku tak tau. Maybe aku try nak diaorang tengok dari sudut pandangan lain, taknak they sound too prejudice, terlalu menilai orang based on the surface. Tapi, seperti biasa..i can't changed their mind, aku pulak yang kena balik...
SO isu dia kat sini, sebab dia PEMPUAN, kan?
Tak adil la kita nak kata dia tu jahat, dia tu tak bermoral semata-mata dia smoking. Masyarakat melabel perempuan smoking tu sebagai perempuan tak baik, kita jangan jadik sebahagian masyarakat yang berpikiran macam tu. Okla, maybe betul la orang ni sosial, tapi tak bermakna as a person dia ni bukan orang baik. Sometimes, luaran orang ni nampak macam tu tapi entah-entah hati dia lebih ikhlas dari orang lain. Kita terima seseorang tu sebagai satu individu, kenal hati dia baru boleh nak judge dia tu baik ke jahat.
Awak tu memang pandai cakap. Tak pernah nak terima pendapat orang.
Aiks, aku lagi..sape yang takleh terima pendapat sape nih?
Jangan salah sangka, bukan taknak terima pendapat atau nak bolehkan yang tak boleh. Dalam kes ni, biarlah kita adil menilai seseorang. Mungkin sebagai manusia banyak lagi ciri positif yang dia ada, takkan kerana dia smoking semua kebaikan dia kita ignore and terus cop dia sebagai jahat?
Budak-budak sekarang macam nilah, bila ada pelajaran sikit, terus rasa diri pandai, pandangan orang-orang tua semua tak boleh pakai, semua salah. Awak kena ingat ayah dengan mama ni lagi dulu makan garam, lagi tau menilai manusia & hidup. Jangan ingat awak berpelajaran tinggi, pendangan orang tua semua kolot.
Tak, orang tak cakap pun mama dengan ayah kolot, pandangan tak boleh pakai semua tu tapi tak best la kalau kita terus bagi negative perception kat orang semata-mata orang tu tak macam kita. Sebab tu la dalam dunia ni ada discrimination, wujud racist sebab kita tunjukkan benci kita pada benda atau orang yang berbeza dengan kita. Semata-mata orang tu ada different value, different lifestyle dari kita tak bermakna dia tu tak baik sebagai seorang manusia.
Ni la dia terlalu diinfluence dengan idea-idea barat, jadik terlalu open sampai yang tak boleh pun dibolehkan...
Tak la ayah, mama, orang bukan nak membolehkan yang tak boleh, at least kalau dia ni salah sekalipun, kita kena guide dia bukannye kutuk or pandang semacam kat dia. Macammana orang ni nak berubah? Tu la sebabnye ex-convict and ex-addict balik semula ke jalan salah sebab diaorang tak diterima masyarakat walaupun diaorang tu pada awalnye memang nak turn over new leaf. Kurang support dari masyarakat yang cuma tahu point silap orang je.
Yang awak ni pun satu, nak mempertahankan sangat budak tu kenapa? Kerana dia, sampai nak bertegang leher pulak dengan mak bapak..
Aiseh...kan..aku dah kata..mesti aku gak yang kena...
Okla, orang salah, mama n ayah betul. Memang..budak tu memang tak patut, dahle pempuan, pi smoking in public pulak. Tak tau malu langsung. Menjatuhkan imej perempuan-perempuan Malaya je. Kita tak boleh biarkan sume ni mama, ayah..kita kena buat Roadshow "No Smoking Campaign for Women" dengan motto "Wanita Mithali Benci Rokok" hehehe... Ape lagi kita tunggu, jom la kita jumpa Menteri Belia & Sukan..
Cuba awak tengok perangai anak awak ni bang. Bukan nak dengar, semua nak bangkang lepas tu bila orang cakap betul-betul buat main pulak..
Biarkanlah dia..dia kan dah besar..dah pandai, mana nak terima cakap mak bapak dah...
Aku gelak jeklah. Ape nak buat, cakap serious sangat kena blame, lebih baik buat ala-ala main-main. It's always like that between me and my parents. Masing-masing dengan pendirian masing masing. Aku kadang-kadang nak diaorang open sikit bila tengok satu-satu isu tu, tapi at the same time aku rasa diaorang pun tak suka cara aku berpikir gak kot, yang pada diaorang terlalu liberal. Biasala, generation gap.
Actually, I should have known better that in any case, in any situation, my parents are always right. Don't ever try to voice out my opinion especially if mine is different from them. Boleh jadik kontroversi woo..Sebab tu la aku malas nak argue lebih-lebih sebab conversation ni normally akan berakhir dengan syarahan khas untuk aku. Topik ape..ermm macam-macam dari bab pakai tudung sampai la ke bab kawen. Lama plak tu, boleh cair telinga. Aduss! Sendiri carik bala...hahaha!
|