mata memandang pada keindahan
hati melihat pada ketulusan
jiwa terfikir pada perasaan
dan raga merasai sentuhan ghaib..
mahu berkata mulut terkunci
mahu bicara madah terpesong
mahu merenung takut tersilap
dan hanyut dalam diri sahaja
sudah rapat tiada terlalu rapat
sudah tersentuhkah hati tapi malu bertanya
sudah bersedia segalanya masih musykil
dan akhirnya terlepas seperti selalunya
cinta itu tidak buta malah nampak segala
hati kita yang menafikan seboleh-bolehnya
biarkanlah masa menentukannya
kalau benar janji illahi...maka jadilah ia...
buat sang puteri
mungkin ada hikmah di sebaliknya..
*Bukan aku yang buat, tak ingat jumpa kat mana..tapi ayat2 yang menarik..Specially dedicated to Fiona..
Tuesday, June 14, 2005
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|